MAJLIS PECAH TANAH PROJEK MEMBINA JAMBATAN BARU DI KAMPUNG BATANG BENAR KE KAWASAN INDUSTRI NILAI
Pembinaan jambatan baru sepanjang 60m ini adalah salah satu keprihatinan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menyelesaikan masalah pengguna jalan raya di Kawasan tersebut. Projek yang telah dimulakan pada 6 September 2021 dan dijangka siap pada 4 September 2023 dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut serta dapat membantu kegiatan ekonomi penduduk di sepanjang koridor berkenaan.
Pengarah JKR Negeri Sembilan, Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa telah turut hadir bersama-sama pasukan projek ke majlis tersebut. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan agar pengguna jalan raya di kawasan tersebut dapat menggunakannya dengan lebih selesa dan selamat kelak.