Image
faq


faq


faq


faq


faq
faq
Image
header jkrns
faq


faq


faq


faq


faq
faq
Sejarah
1. Apakah yang dimaksudkan JKR Negeri Sembilan?

JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. JKR Negeri Sembilan adalah sebuah jabatan negeri di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia yang mana merupakan salah satu agensi dalam Kementerian Kerja Raya Malaysia. Sebagai sebuah agensi pelaksana dan penasihat teknikal kepada kerajaan negeri dan persekutuan, JKR Negeri Sembilan bertanggungjawab dalam pembangunan prasarana kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan keseluruhannya. Untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang mulia ini, JKR telah ditempatkan di setiap negeri dan daerah di samping dapat mengeratkan lagi hubungan kerajaan dengan rakyat.

2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR Negeri Sembilan?

JKR Negeri Sembilan memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan negara termasuk merancang, merekabentuk dan membina projek infrastruktur prasarana kemudahan awam. JKR Negeri Sembilan menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong kepada sektor pembinaan dan pembangunan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.

3. Bolehkah saya memohon untuk menjadi kakitangan JKR Negeri Sembilan?

Sudah tentu boleh! Pegawai dan Kakitangan JKR khasnya JKR Negeri Sembilan adalah terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan. Oleh itu anda boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia secara online bila ada tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui akhbar-akhbar utama.

5. Bagaimana untuk menghubungi JKR Negeri Sembilan?

Alamat dan nombor telefon JKR Negeri Sembilan adalah seperti di bawah:

Pengarah
Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan,
Blok A, Tingkat 2, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Kader, 70990 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
 
Tel    : 06 - 765 9315
Faks  : 06 - 763 5644/ 06 - 765 9681
7. Adalah JKR NS membuat Penilaian Kenderaan dan dokumen dan juga prosedur untuk mendapatkan sijil penilaian kenderaan bagi pembelian kenderaan terpakai.

 Ya, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKRNS ada membuat Penilaian kenderaan mengikut keadaan dan menilai harga semasa kenderaan tersebut . Penilaian kenderaan mengikut keperluan organisasi/individu seperti berikut:


1) Penilaian untuk pinjaman (pinjaman kerajaan sahaja dan kereta terpakai) JKR mekanikal akan mengeluarkan sijil.
2) Muflis (JKR akan mengeluarkan surat)
3) Kenderaan yang telah disita (JKR akan mengeluarkan surat)

Untuk Maklumat dan keterangan lanjut sila berhubung dengan Pegawai seperti dibawah:

Jurutera Mekanikal
06 - 6317401
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR NS